<3 hye genk... korank pernah dengar motto hidup camnie "Imagination make life so perfect". Jika korank de cite-cite nak jadi penulis dan pelukis sesuai lah korank nak de matto hidup camtue tapi, lau citex2 korank nak jadi doktor atau saintis lupekan le.... AMAT TAK SESUAI!!
Little Red Riding Hood... cerita kanak-kanak niw sebenarnya ada unsur gothic kalau korank kaji betulx2 dan korank kan sukakannya.... Caye lah!!!!
Suatu masa dahulu, terdapat seorang budak perempuan yang pasti akan disukai sesiapa yang melihatnya dan terutamanya nenek kesayangannya. Tetapi, dia tiada apa-apa yang mahu diberikan kepada budak perempuan itu sebagai kenangan. Hinggalah sesuatu hari dia memberikan budak perempuan itu sehelai little riding hood berwarna merah dan semenjak hari itu budak perempuan itu memakainya setiap hari sehingga dia digelar "Little Red Riding Hood".
Pada suatu hari, ibunya menyuruh dia membawa kek dan sebotol wine kepada neneknya yang sedang sakit. Rumah neneknya terletak jauh kedalam hutan dan didalam perjalanan itu Little Red Riding Hood telah bertemu dengan seekor serigala jantan namun Red Riding Hood tidak takut.
Serigala itu telah kerumah neneknya dan menyamar menjadi neneknya. Kemudian, menunggu kedatangan Red Riding Hood. Apabila Red Riding Hood tiba dia melihat serigala didalam yang memakai pakaian neneknya lalu dia bertanya.
"Oh nenek!! kenapa nenek ada telinga yang besar?" tanya red riding hood.
"Oh nenek!! kenapa nenek ada telinga yang besar?" tanya red riding hood.
"Supaya senang saya mendengar awak.." jawab serigala itu.
"Tetapi... kenapa mata nenek besar?, tanya Red riding hood.
"Supaya senang saya melihat awak, jawab serigala lagi.
"Tetapi... kenapa tangan nenek besar?, tanya red riding hood.
"Supaya senang saya memeluk awak,balas serigala.
"oh... tetapi kenapa mulut nenek besar dan menyeramkan?", tanya red riding hood lagi
"Supaya senang saya memakan awak"
Lantas, serigala terus membaham red riding hood. Kemudian, serigala itu pun tertidur dan berdengkur dengan sekuat. Pada masa itu lalu seorang pemburu didepan rumah tersebut, pemburu itu berasa pelik dengan dengkuran yang kuat itu.
"Bagaimanakah seorang perempuan tua itu dapat mendengkur sekuat ini, baik saya pergi lihat jika dia mahukan sesuatu"
Dia masuk dan melihat seekor serigala sedang menyamar menjadi nenek.
"Saya harus membakarnya tetapi mungkin dia telah membaham nenek dan nenek tidak akan selamat jika saya membakarnya"
Dia terus membelah perut serigala,membuat dua belahan dan terlihat red riding hood lalu membelah dua belahan lagi lantas red riding hood keluar dan menangis.
"Saya sangat takut didalam perut serigala sungguh gelap.."
Kemudian nenek keluar dan masih hidup. Dengan pantas red riding hood mengambil batu-batuan untuk memenuhi perut serigala. Apabila serigala bangun, dia cuba melarikan diri namun tidak berjaya kerana batu-batu itu sungguh berat dan akhirnya dia mati disitu.
Akhirnya, pemburu mengambil kulit serigala dan membawanya pulang. Manakala neneknya menjamu kek dan wine yang dibawa red riding hood dan red riding hood berjanji pada dirinya.
"Sepanjang hidup saya, saya tidak kan ke hutan seorang diri, melainkan hanya ibu saya menyuruh dan membenarkan"
Source: http://www.eastoftheweb.com/short-stories/UBooks/LittRed.shtml#5 (<<<more here)



No comments:
Post a Comment